Monday, October 31, 2011

Projek CERIA berjalan lancar.

KENYATAAN AKHBAR

PERLAKSANAAN PROJEK CERIA BERJALAN LANCAR

Sukacita dimaklumkan bahawa di Fasa Pertama Program Baikpulih Negeri Berkebajikan atau CERIA, kerja-kerja baikpulih telah dimulakan di tapak atau kontraktor-kontraktor yang dilantik telah membuat pesanan bagi alat-alat ganti yang diperlukan di 11 kawasan pembangunan Rumah Kos Rendah di Selangor.

Pangsapuri-pangsapuri itu adalah :

1.) Pangsapuri Ampang Mewah, Jalan Mewah 6 (MPAJ) - 4 unit tangki.

2.) Pangsapuri Sri Intan, Ampang (MPAJ) - 1 unit lif.

3.) Pangsapuri Flora Damansara A dan B (MBPJ) - 4 unit lif.

4.) Pangsapuri Desa Perangsang Blok A dan B (MBPJ) - 2 unit lif.

5.) Apartment Taman Medan Jaya Blok C (MBPJ) - 2 unit lif.

6.) Flat Taman Medan 32 (Blok A-E) Taman Medan Baru (MBPJ) - Salur air (gutter) 5 blok.

7.) Rumah Pangsa Kos Rendah Blok 1 Desa Mentari (MBPJ) - 2 unit lif.

8.) Flat Tamn Sri Aman (MBPJ) - 3 unit lif.

9.) Flat Taman Damai Jaya (MPKj) - Pembentungan di Blok C.

10.) Pangsapuri Blok Mawar dan Cempaka MPK
5 unit lif

11.) Pangsapuri Pendamar 7A (MPK) - 2 unit lif.

Sementara 2 kawasan pembangunan lagi di mana kerja-kerja baikpulih telah disiapkan.

Pangsapuri-pangsapuri itu adalah :

1.) Pangsapuri Tembikai dan Pulasan (MPSJ) - Salur air (gutter) 5 Blok G.

2.) Pangsapuri Mentari (MBSA) - 3 unit lif.

Sementara untuk 5 pembangunan pula di mana perlantikan kontraktor akan dilakukan atau persetujuan dari penduduk sedang dimuktamadkan.

Pangsapuri-pangsapuri itu adalah :

1.) Flat 700, Pandan Perdana (MPAJ) - 4 unit lif.

2.) Rumah Pangsa Taman Kosas (MPAJ) - Bumbung.

3.) Pangsapuri Kos Rendah Taman Langat Utama (MDKL) - Bumbung 16 unit Blok G.

4.) Pangsapuri Pinggiran Delima Blok D dan E (MPKj) - Bumbung Blok D dan E.

5.) Pangsapuri KR Taman Subang Perdana (MBSA) - Bumbung.

Keseluruhan kos untuk Fasa Pertama adalah RM 2.0 juta.

Untuk Fasa Kedua, 48 kawasan pembangunan pangsapuri Kos Rendah telah disenaraikan untuk dibaikpulih. RM 7.7juta telah diperuntukkan untuk fasa ini.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sebagai urusetia dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai pengurus projek akan menetap kos baikpulih bagi setiap pangsapuri sebelum 4 November 2011.

Penduduk perlu membayar deposit untuk sumbangan mereka iaitu 5 peratus dari kos baikpulih sebelum 20 November 2011.

Tender-tender untuk kerja baikpulih ini dijangka dianugerahkan pada 12 Disember 2011 dan kerja-kerja perlu dimulakan dengan segera.

Oleh itu perlaksanaan program CERIA ini adalah sepertimana yang diharapkan.

Memandangkan skim CERIA ini melibatkan 64 pembangunan pangsapuri, maka satu 'Command Centre' atau Bilik Operasi akan dibuka khas untuk memastikan program ini berjalan lancar.

Bilik Gerakan ini akan ditadbirkan oleh kakitangan-kakitangan dari LPHS dan PKNS.

Kerajaan Negeri berharap penduduk akan memberi kerjasama dengan membayar deposit untuk sumbangan mereka sebelum tarikh yang ditetapkan.

Sumbangan penduduk bagi skim ini iaitu 20 peratus untuk Rumah Kos Rendah dan 40 peratus untuk Rumah Kos Sederhana adalah lebih baik dari skim Kerajaan Persekutuan yang menetapkan sumbangan penduduk 50 peratus untuk Rumah Kos Rendah.

Iskandar bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor
12 Oktober 2011

Wednesday, October 26, 2011

Lawatan ke pasar pagi Pangsapuri Inai 27/10/2011.

Lawatan ke pasar pagi Pangsapuri Inai 27/10/2011.

Di majlis penyampaian sumbangan kepada masyarakat India di Pandan Indah 22/10/2011.

KENYATAAN AKHBAR - RUMAH KOS RENDAH TERUS DIBINA DI BAWAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR

Terdapat dakwaan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bahawa tidak ada Rumah Kos Rendah (RKR) yang dibina di Negeri Selangor sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pada bulan Mac 2008.

Walau bagaimanapun buat masa ini sebanyak 12,009 unit sedang dalam pembinaan di Negeri Selangor.

Sebanyak 9,465 unit RKR pula telah mendapat kebenaran merancang untuk dibina. RKR ini mesti dibina dalam masa 2 tahun.

Kerajaan Negeri Selangor merupakan satu kerajaan yang prihatin dan sama sekali tidak akan mengabaikan keperluan rakyat yang berpendapatan rendah.

Kerajaan Negeri juga berpendirian masih terdapat permintaan untuk RKR berdasarkan statistik berikut menurut daerah :

1) Petaling
Baki Unit Siap Dibina - 2,434
Pemohon Yang Menunggu Tawaran - 13,436

2) Gombak
Baki Unit Siap Dibina - 1,425
Pemohon Yang Menunggu Tawaran - 3,654

3) Klang
Baki Unit Siap Dibina - 5,769
Pemohon Yang Menunggu Tawaran - 2,993

4) Hulu Langat
Baki Unit Siap Dibina - 1,912
Pemohon Yang Menunggu Tawaran - 6,327

5) Sepang
Baki Unit Siap Dibina - 0
Pemohon Yang Menunggu Tawaran - 1,203

6) Kuala Langat
Baki Unit Siap Dibina - 181
Pemohon Yang Menunggu Tawaran - 1,167

7) Hulu Selangor
Baki Unit Siap Dibina - 2,916
Pemohon Yang Menunggu Tawaran - 217

8) Kuala Selangor
Baki Unit Siap Dibina - 886
Pemohon Yang Menunggu Tawaran - 1,207

9) Sabak Bernam
Baki Unit Siap Dibina - 22
Pemohon Yang Menunggu Tawaran - 877

JUMLAH
Baki Unit Siap Dibina - 15,545
Pemohon Yang Menunggu Tawaran - 31,081

Kerajaan Negeri juga telah membuat keputusan agar sesiapa sahaja yang layak, patut diberi peluang untuk membeli RKR ini. Mereka yang berminat bolehlah menghubungi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor di 03-5544 7079.

Syarat-syarat kelayakan adalah :

1) Warganegara Malaysia

2) Berumur 18 tahun ke atas

3) Bermastautin di Selangor

4) Satu keluarga satu permohonan sahaja

Pemohon atau suami/isteri pemohon belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta

Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM2,500

Oleh itu dinasihatkan mereka yang pernah mendapat tawaran untuk membeli RKR sebelum ini, menerima tawaran tersebut atau ia akan ditawarkan kepada pemohon yang lain atau nama mereka akan dikeluarkan dari senarai menunggu (waiting list).

Iskandar bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor
28 September 2011

Saturday, October 22, 2011

Dialog MB Selangor dan Exco Perumahan di PPR Lembah Subang 23/10/2011.

Lawatan MB Selangor dan Exco Perumahan ke PPR Kota Damansara 23/10/2011 untuk mencari penyelesaian kepada masalah penduduk.

Nilai wakil rakyat berdasarkan tindakan mereka.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar A. Samad telah menyampaikan bantuan kepada 135 keluarga di Pandan Indah pada 22 Oktober lepas.

Majlis telah berlangsung di Dewan Orang Ramai berhampiran Pangsapuri 610.

Hampir kesemua penerima adalah dari masyarakat India yang akan menyambut Deepavali tidak lama lagi.

Selain dari wang tunai, mereka telah juga menerima barangan harian seperti beras, susu pekat, sardin tin, mee hoon dan gula.

90 orang kanak-kanak telah juga menerima sumbangan wang tunai. Terdapat di antara mereka adalah anak-anak yatim.

Di dalam ucapan beliau, Iskandar menggesa rakyat tidak menilai pemimpin berdasarkan apa yang mereka ucapkan. Tetapi katanya nilailah pemimpin berdasarkan tindakan mereka. Lebih tepat lagi beliau mahu rakyat menilai berdasarkan cara dan gaya hidup mereka.

Katanya, contohilah pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak menjadi kaya secara tiba-tiba selepas menjadi wakil rakyat.

Menurutnya dia tinggal di rumah teres yang sama seperti sebelum menjadi Exco.

Himpunan Sejuta Umat : Kenyataan Presiden PAS cukup masinnya, manisnya dan pedasnya.....

Ketika posting ini ditulis, Himpunan Sejuta Umat
sedang berlangsung di Shah Alam.

Presiden PAS mengumumkan PAS tidak terlibat dengan himpunan tersebut. Tetapi tidak pula mengecamnya malah mengalu-alukan usaha penganjur untuk meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap gerakan untuk memurtadkan orang-orang Islam.

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor pula mengarahkan ahli-ahli PAS tidak menghadiri himpunan itu. Tetapi saya tidak di Shah Alam ketika ini bukan disebabkan arahan tersebut.

Isteri saya terpaksa membawa pelajar-pelajar sekolahnya ke Melaka dan terpaksalah saya menjaga anak-anak. Secara kebetulan pula selepas penyampaian bantuan kepada masyarakat India pagi tadi, petang ini saya tidak mempunyai apa-apa program. Hanyalah pada jam 6 petang, saya perlu keluar semula.

Saya rasa bagi ahli-ahli PAS tidak jelas sama ada boleh turut serta atau tidak walaupun ada arahan dari Pesuruhjaya PAS Selangor.

Pemuda PAS Pusat berkata mereka akan turut serta. Kata mereka larangan yang dikeluarkan adalah arahan individu.

Front Anti Murtad atau FORKAD, sebuah NGO Pemuda PAS, telah terlibat dengan penganjuran himpunan tersebut. Teras Pengupayaan Rakyat atau TERAS, yang pro PAS, juga terlibat dengan penganjuran.

Ada pimpinan PAS pula yang bimbang himpunan itu akan di'hijack' oleh UMNO. Mungkin benar juga kerana kita dengar ada mereka yang dikenali dengan sikap anti Islam turut terlibat menaja himpunan itu.

Ada pula yang mengandaikan himpunan itu akan digunakan untuk mengecam Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi tidak perlu himpunan, UMNO dan BN pada setiap masa dan ketika sentiasa mengecam Kerajaan Negeri Selangor.

Walau bagaimanapun perbahasan tentang kemungkinan himpunan itu di'hijack' lebih menonjol dari perbahasan bagaimana hendak membanteras gejala murtad. Adakah ini baik untuk umat Islam?

Tetapi saya amat bersimpati dengan Presiden PAS yang terpaksa membuat keputusan yang saya kira seperti 'diluah mati emak, ditelan mati anak'.

Kalau umumkan bersama himpunan, mungkin penyokong-penyokong 'baru' PAS, orang bukan Islam dan 'Melayu liberal' akan meninggalkan PAS.

Kalau umumkan mengecam himpunan, orang Islam akan berkata PAS telah meninggalkan perjuangannya.

Tetapi kenyataan Presiden paling tepat walaupun dikatakan 'play safe'.

Seperti seorang tukang masak, lauknya cukup masinnya, cukup manisnya dan cukup pedasnya. Tidak lebih, tidak kurang.

Sama ada pemimpin lain hendak tambah garam, gula atau lada, itu cerita lain. Kita pegang kata-kata Presiden kita.

Friday, October 21, 2011

Thursday, October 20, 2011