Friday, April 29, 2011

Dialog penduduk di Pandan Jaya

Dialog penduduk bersama YB Iskandar Samad ( Exco Selangor / ADUN Chempaka ) 30 Apr 9.30 pagi di Restoran Sun Kee, Pusat Bandar Pandan Jaya sebelah CIMB. Pihak media dijemput hadir.

Wednesday, April 27, 2011

28 April 2011 - Himpunan Wakil Rakyat, ahli Majlis dan Ketua Kampung PAS di De Palma Hotel, Shah Alam.

Taklimat penerangan di Pusat Khidmat PAS Pandan 26 April 2011.

Lagi gambar-gambar gotong-royong potong pokok di Pangsapuri Inai, Pandan Indah 24 April 2011.

PKNS AKAN CAT SEMULA PANGSAPURI KOS RENDAH

PKNS akan mengecat semula pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang dibina oleh mereka.

Pangsapuri-pangsapuri yang terlibat adalah yang berumur lebih dari 15 tahun.

Program ini adalah selari dengan program Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu penduduk membaikpulih pangsapuri-pangsapuri kos rendah di negeri ini.

Matlamat dan objektif program ini di antara lain adalah untuk memberi nilai tambah kepada skim pemajuan-pemajuan PKNS tersebut di samping mewujudkan persekitaran dan pangsapuri yang lebih ceria, indah dan harmoni.

Jumlah kos program ini adalah dianggarkan sebanyak RM 5.2 juta.

Butiran program ini adalah seperti berikut :

1) Ampang Ulu Kelang - 6 blok - 560 unit
2) Petaling Jaya - 19 blok - 864 unit
3) Shah Alam - 35 blok - 2,442 unit
4) Bangi - 47 blok - 1,942 unit
5) Kota Damansara - 24 unit - 2,300 unit
JUMLAH - 131 blok - 8,180 unit

Program ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan akan dilaksanakan sepenuhnya dalam masa 1 tahun.

Sebagai permulaan, program mengecat akan dimulakan di pangsapuri kos rendah Seksyen 20 dan Seksyen 24, Shah Alam.

Iskandar bin Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor
10 April 2011

Thursday, April 21, 2011

Kenyataan Media YB Iskandar A. Samad -
PERINTAH MAHKAMAH TANAH PJS1 : PEMAJU DIGESA TERUS BERUNDING

Pemaju Peter's Brickworks Sdn. Bhd. digesa agar meneruskan rundingan dengan penduduk walaupun mereka telah mendapat perintah mahkamah untuk mengeluarkan 3 keluarga yang berada di atas tanah mereka HSD 243799 PT 1777 di PJS1, Petaling Jaya.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak merestui perobohan secara paksa sebarang kediaman warganegara Malaysia kecuali telah berlaku rundingan dan satu penyelesaian telah dicapai.

Oleh itu, diharapkan agar pihak pemaju akan meneruskan rundingan walaupun mereka telah mendapat perintah mahkamah agar keluarga-keluarga itu perlu berpindah pada 25 April 2011.

Amalan perobohan secara paksa seperti di bawah Kerajaan Negeri Barisan Nasional tidak direstui oleh kerajaan sekarang.

Oleh itu, penguatkuasa-pengkuatkasa pihak berkuasa tempatan dan majlis daerah adalah dilarang sama sekali terlibat di dalam sebarang perobohan seperti ini.

Di bawah kerajaan yang lepas, mereka bersama-sama pemaju telah terlibat di dalam operasi perobohan.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
22 April 2011