Tuesday, November 23, 2010

Majlis Kesyukuran Sempena Hari Raya Aidil Adha Dan Ulangtahun Sempena Penubuhan PAS

Tuan/Puan, dijemput ke majlis di atas pada 24 November 2010 di Masjid Al Azim, Pandan Indah bermula dgn solat Maghrib, tahlil, doa selamat, ucapan aluan YB Iskandar Samad, solat Isyak dan jamuan makan. Terima kasih.

Monday, November 22, 2010

Sunday, November 21, 2010

Pasar malam Uptown di DUN Chempaka

Saya menentang sebarang cadangan untuk menganjurkan pasar malam Uptown di DUN Chempaka.

DUN Chempaka adalah terlalu kecil dan sebarang Uptown akan melibatkan kawasan kediaman. Ini sudah tentu akan mengganggu penduduk yang hendak tidur atau berehat.

Bunyi bising, kesesakan trafik dan aktiviti kurang sihat yang timbul dari Uptown ini tidak akan menguntungkan penduduk.

Saya telah meninjau Uptown berhampiran Stadium Velodrome di Bandar Tun Razak bagi melihat sendiri kesan Uptown ini.

Semasa Pakatan Rakyat mula-mula mengambil alih Negeri Selangor, terdapat mereka yang berjanji akan membayar kepada PAS setiap bulan jika saya menyokong Uptown di Chempaka. Walau bagaimanapun saya telah memberitahu mereka agar melupakan hasrat tersebut.

Tetapi saya tidak pasti berapa ramai ADUN, ahli Parlimen atau ahli Majlis telah cuba disogok oleh orang-orang seperti ini.

Saturday, November 20, 2010

Lagi gambar-gambar Ihtifal Sekolah Islam Al-Iman 21 Nov 2010.

Pagi ini 21 Nov 2010 merasmikan Majlis Ihtifal Sekolah Islam Al-Amin.

Pagi ini sarapan tose dan apom di Pasar Kg Pandan sebelum resmi majlis Sekolah Rendah Islam Al-Iman di Bandar Tun Razak.

Selepas ceramah umum Ustaz Ghani Rahman di PTP 20 Nov 2010.

JKR mesti bertanggung jawab di atas banjir di Pandan Indah

JKR mesti bertanggung jawab di atas kejadian banjir kilat di Pangsapuri Inai, Pandan Indah 18 November lepas.

Dalam lawatan wakil-wakil Pejabat ADUN, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, JKR dan konsultan JKR 19 November lepas, tinjauan awal menunjukkan kerja-kerja menaiktaraf Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang sedang berjalan adalah punca banjir tersebut. Laluan air dilihat telah terhalang akibat kerja-kerja menaiktaraf itu.

8 blok pangsapuri telah terlibat dengan banjir tersebut. Kerosakan hartabenda dianggarkan melebihi RM250,000.

Penduduk telah disarankan untuk membuat laporan Polis menyatakan kerosakan hartabenda yang mereka alami. Pejabat ADUN Chempaka akan memajukan tuntutan-tuntutan itu kepada JKR.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor / ADUN Chempaka
20 November 2010

Friday, November 19, 2010

Korban Perdana PAS Kawasan Lembah Pantai 20 Nov 2010.

Korban di PTP 20 Nov 2010

PTP dengan resminya beroperasi.....

Semalam penat betul. Bertolak dari Johor 9.30 pagi dan terus ke mesyuarat PKNS jam 3 petang di PJ. Mesyuarat lebih panjang dari biasa sebab isu2 sidang DUN. Jam 6 lebih baru habis. Lepas itu ke program pertama di Pusat Tarbiyah Pandan (PTP). Yaasin, tahlil, doa slmt dan kenduri. Jam 10.30 ke Pusat Khidmat di Angsana Hilir, jumpa rakyat. Tapi puas hati, PTP telah dengan resminya beroperasi. Harap kita dapat bersabar sebab becak sikit. Kalau cepat duit dikumpul, cepatlah dewan dapat dibina. Perlu RM150K. Bangunan ini adalah usaha semua ahli-ahli. Tak bolehlah org kata PAS Kawasan tidur, tak buat kerja.

Sarapan pagi sebelum Korban Perdana PAS Kawasan Pandan di PTP 20 Nov 2010.

Program pertama di Pusat Tarbiyah Pandan - Yaasin, tahlil dan doa selamat selepas Maghrib 19 Nov 2010.

Kursus pemantapan Bahasa Inggeris ENGLISH@CHEMPAKA

Thursday, November 18, 2010

Jemputan untuk bersama YB Iskandar A. Samad melawat tapak projek perumahan Ukay Bistari, Hulu Kelang.

Wakil-wakil media adalah dijemput bersama YB Iskandar A. Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor melawat tapak projek perumahan Ukay Bistari, Hulu Kelang seperti berikut,

Tarikh - 22 November 2010
Hari - Isnin
Masa - 11.30 pagi

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat kemajuan projek yang dipantau oleh Task Force Projek Perumahan Terbengkalai Negeri Selangor.

Projek perumahan Ukay Bistari adalah projek perumahan yang terbengkalai pada zaman pentadbiran Barisan Nasional dan mengandungi lebih 1,200 unit kediaman.

Projek ini telah dimulakan dalam tahun 2003 dan telah terbengkalai. Pemajunya telah memulakan semula projek ini semasa pentadbiran Pakatan Rakyat.

Pejabat Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
19 November 2010

Korban 17 Nov 2010 - Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan - Pt. 2.