Saturday, October 23, 2010

Penyampaian SMUE di Galeri MPAJ 23 Oktober 2010

Cadngan Laluan Alternatif Lebuhraya Besraya Sehingga Kg. Pandan.

Saya telah mengadakan satu mesyuarat dengan wakil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), MPAJ dan Besraya (M) Sdn. Bhd. pada 20 Oktober lepas.

LLM dan Besraya bersetuju untuk membentangkan kepada Kerajaan Negeri cadangan 3 laluan alternatif yang tidak akan melibatkan perobohan rumah-rumah di Taman Bakti atau mana-mana kawasan berdekatan.

Saya telah mencadangkan pembentangan ini dilakukan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Salangor (MTES) pada 18 atau 25 November 2010.

Thursday, October 21, 2010

Jualan VCD haram masih tidak dapat dibendung.

Gambar dirakam di pasar malam Pandan Indah/Taman Kencana jam 7.45 malam Khamis 21 Oktober 2010. Gambar ini telah turut diMMS kepada Dato' YDP MPAJ.

Monday, October 18, 2010

Jawatan kosong >>> KERANI

>Diperlukan untuk Pejabat Exco di Shah Alam seorang KERANI.
>Boleh guna komputer dan faham Bahasa Inggeris.
>Ada kenderaan dan boleh kerja lebih masa.
>Gaji lebih kurang RM1,500 sebulan.
>Sila emel permohonan kepada isksmd@gmail.com
>Ini adalah perlantikan politik.

Sunday, October 17, 2010

Himpunan Perdana JMB Seluruh Negeri Selangor 31 Oktober 2010

Satu himpunan perdana bagi Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) akan diadakan pada 31 Oktober ini.

Jawatankuasa JMB dari seluruh negeri Selangor adalah dijemput untuk menghadiri himpunan tersebut.

JMB adalah badan yang menguruskan kediaman berstrata seperti pangsapuri atau kondominium sebelum hakmilik strata dikeluarkan.

Himpunan ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Himpunan itu akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Program akan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.

Di antara acara-acara menarik hari itu adalah ceramah penerangan tentang pengurusan JMB dan bengkel-bengkel membincang isu-isu berkaitan kediaman bertingkat.

Selain dari itu terdapat kaunter khidmat nasihat, kaunter-kaunter Pihak Berkuasa Tempatan dan pameran-pameran. Makan tengah hari adalah disediakan kepada semua yang hadir.

Tujuan-tujuan utama himpunan itu adalah,

1.) Membimbing JMB tentang cara-cara menguruskan bangunan mereka dengan cekap dan berkesan.
2.) Peluang bagi JMB berkongsi atau mengemukakan masalah-masalah mereka.
3.) Saluran bagi Kerajaan Negeri mendapatkan maklumbalas dari JMB tentang polisi-polisi dan peraturan-peraturan yang telah atau akan dilaksanakan.

Himpunan ini akan diresmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid, Dato' Menteri Besar Selangor.

Bagi mereka yang berminat untuk hadir diharap dapat menghubungi 0132965469 (Azli) atau 0132069522 (Kamaruzaman ). Mereka juga boleh menghubungi pejabat Pihak Berkuasa Tempat yang terdekat.

Selain dari Jawatankuasa JMB, mereka yang berminat untuk mengetahui tentang pengurusan kediaman bertingkat turut dijemput hadir.

Cabutan bertuah akan diadakan dengan 10 peserta akan mendapat penginapan 1 malam percuma di Hotel De Palma, Ampang.

Iskandar A. Samad
Pengerusi Jawatankuasa Tetap / Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
18 Oktober 2010

Saturday, October 16, 2010

LALUAN ALTERNATIF LEBUHRAYA BESRAYA UNTUK ELAK PEROBOHAN RUMAH AKAN DICADANG

Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang telah bersetuju untuk mengkaji semula laluan Lebuhraya Besraya yang pada mulanya akan menyebabkan 81 buah rumah di Taman Bakti, Pandan terpaksa diroboh.

Di dalam satu mesyuarat pada 14 Oktober lepas, saya difahamkan LLM telah membuat keputusan agar laluan tersebut dikaji semula dan laluan alternatif dicadangkan.

Keputusan ini telah disahkan oleh Pengurus Besar Besraya (M) Sdn. Bhd., Wan Salwani Wan Yusoff, di dalam emel beliau kepada saya semalam.

Pada 10 Oktober yang lepas penduduk yang telah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak telah mengadakan satu dialog bersama LLM, Besraya dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG). Saya telah turut hadir sebagai ADUN kawasan terbabit bersama-sama pegawai-pegawai pejabat saya.

Pada dialog tersebut penduduk telah menyatakan bantahan keras terhadap rancangan LLM dan Besraya itu. Satu memorandum telah diserahkan kepada YAB Dato' Menteri Besar Selangor melalui pejabat saya.

Memorandum ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 13 Oktober lepas dan YAB Dato' Menteri Besar Selangor telah mengarahkan supaya projek ini dibentangkan semula di dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Saya telah turut berbincang dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Selangor dan Pegawai Daerah Hulu Langat tentang laluan yang dipertikaikan ini.

Menurut maklumat yang diperolehi, projek ini telah dibentangkan di dalam mesyuarat MTES pada bulan Oktober 2006. Iaitu ketika pentadbiran Barisan Nasional. MTES telah mengarahkan satu pendengaran awam diadakan pada bulan Disember 2006. Walau bagaimanapun, sepanjang pengetahuan penduduk tidak ada pendengaran awam yang pernah dilakukan. Dialog baru-baru ini juga adalah di atas inisiatif penduduk dan segala kos ditanggung oleh penduduk.

Keputusan untuk mencari laluan alternatif ini dialu-alukan kerana cadangan asal bukan sekadar merobohkan rumah-rumah tetapi ia akan melenyapkan satu masyarakat yang telah wujud lebih dari 20 tahun.

Lebih-lebih lagi penduduk pernah dipindahkan dari kampung setinggan mereka ke rumah-rumah mereka sekarang. Adalah tidak adil untuk memaksa mereka berpindah sekali lagi.

LLM dan Besraya sepatutnya mengelakkan laluan yang akan mengakibatkan perobohan rumah-rumah. Selain dari menimbulkan kesusahan kepada penduduk, ia juga akan melibatkan kos yang tinggi. Contohnya bagi Taman Bakti, sekiranya pampasan bagi setiap rumah adalah RM500,000 maka jumlah yang perlu ditanggung adalah RM40.5 juta.

Adalah juga diharapkan LLM dan Besraya akan berbincang dengan ADUN, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan ahli-ahli Majlis di dalam menentukan laluan alternatif. Selama ini mereka telah mengenepikan ADUN, MPAJ atau ahli-ahli Majlis.

Tahniah kepada penduduk yang telah melupakan segala perbezaan di kalangan mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka. Selagi Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, hak-hak penduduk Taman Bakti tidak akan diabaikan.

Iskandar A. Samad
Pengerusi Jawatankuasa Tetap / Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor /
ADUN Chempaka
17 Oktober 2010

Himpunan JMB seluruh Negeri Selangor

>Himpunan Perdana JMB seluruh Selangor.
>Ahad 31 Okt 2010
>8.30 pagi - 4 ptg
>Di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam.
>Dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor.
>Ada penerangan, bengkel, khidmat nasihat, kaunter PBT, pameran dll.
>Utk maklumat 0132965469 - Azli.
>Makan tengah hari disediakan.

Bajet 2011 - Potongan duti setem 50 peratus dan pinjaman perumahan 100 peratus.

-Saya mengalu-alukan Bajet 2011 yg akan memotong duti setem sebanyak 50
peratus bagi pembelian rumah berharga RM300,000 ke bawah.
-Ia akan memberi penjimatan kepada pembeli rumah sehingga RM2,000 tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah harga rumah yang semakin melambung.
-Mereka yg berpendapatan rendah dan sederhana atau yg baru bekerja menghadapi masalah utk membeli rumah bukan kerana duti setem tetapi kerana harga rumah yang tinggi.
-Ketika pendapatan mereka berpendatan rendah dan sederhana meningkat sekali ganda tetapi harga rumah yang dulu mampu dibeli oleh mereka telah naik lebih 3 kali ganda.
-Duti setem adalah bukan masalahnya.

-Saya juga mengalu-alukan tawaran pinjaman perumahan 100 peratus bagi pembeli rumah pertama berpendapatan kurang dari RM3,000 melalui Cagamas Sdn Bhd.
-Tetapi skim ini boleh dipermudahkan jika pembeli rumah boleh mengeluarkan KWSP mereka utk membayar deposit 10 peratus pinjaman dan bayaran2 lain.
-Sekarang mereka perlu membayar dahulu deposit, yuaran guaman dan duti setem, kemudian barulah memohon utk mengeluarkan wang dari KWSP.
-Utk memudahkan proses, benarkan KWSP membayar terus kpd bank dan peguam.
-Dgn itu, tidak perlu membuat pinjaman sehingga 100 peratus walhal mereka mempunyai simpanan di dalam KWSP.
-Tidak perlu dibebankan rakyat dgn hutang yg lebih.
-Tidak melibatkan pihak ketiga.

Sidang akhbar jawatankuasa bertindak penduduk untuk mengekalkan kawasan lapang di Pandan Perdana 16 Okt 2010 (Foto-foto dari jawatankuasa bertindak).

Friday, October 15, 2010

Markas Besar Galas dan Markas PAS Selangor di Gua Musang

Masih tenang di Gua Musang 16 Okt 2010