Thursday, September 30, 2010

KEBIMBANGAN PENDUDUK TERHADAP PENGLIBATAN PERKASA DI DALAM PROGRAM Y.A.B. PERDANA MENTERI DI PADANG PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ) PANDAN INDAH PADA 2 OKTOBER 2010.

Saya telah menerima aduan dari penduduk tempatan yang menyuarakan
kebimbangan mereka terhadap penglibatan PERKASA di dalam program Y.A.B.
Perdana Menteri di Padang Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada
2 Oktober ini.

Ini adalah kerana terdapat khabar-khabar angin bahawa program tersebut adalah anjuran sebuah pertubuhan seni silat dan PERKASA.

Walaupun pihak penganjur telah menghubungi saya dan memberitahu PERKASA
tidak terlibat tetapi akhbar SINAR HARIAN halaman S11 melaporkan pihak penganjur telah menjemput pemimpin PERKASA ke majlis tersebut.

Oleh itu, penduduk bimbang penglibatan PERKASA akan memberi kesan yang buruk kepada hubungan antara kaum di kawasan DUN Chempaka, kawasan DUN di mana
majlis itu akan diadakan.

Hubungan antara kaum di Chempaka dan kawasan Parlimen Pandan adalah begitu
baik sekarang ini maka penduduk tidak mahu melihat ia terjejas akibat majlis itu.

Maka saya berharap Y.A.B. Perdana Menteri dan pihak penganjur akan turut mengambil kira keharmonian masyarakat kerana majlis ini telah mendapat publisiti yang buruk dan telah mewujudkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Saya yakin Y.A.B. Perdana Menteri tentu sekali tidak mahu nama dan kredibiliti beliau tercemar akibat majlis ini.

Saya tidak menentang aktiviti pertubuhan seni silat tersebut atau mana-mana pertubuhan seni silat malah ia merupakan satu aktiviti yang wajar digalakkan. Ia dapat membina keperibadian yang baik dan menerapkan nilai-nilai mulia di kalangan penggiatnya.

Walau bagaimanapun sebagai rakyat Malaysia, kita tidak seharusnya bertolak ansur dengan sebarang fahaman perkauman yang melampau. Tidak kira sama ada ia wujud di kalangan orang Melayu, Cina, India atau mana-mana bangsa sekalipun.

Y.B. Tuan Iskandar Abdul Samad
Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor
29 September 2010

Lawatan ke Pangsapuri Impian Baiduri, Petaling Jaya berikutan tragedi kabel lif yang putus di Tingkat 6 pada 30 September 2010.

Kenyataan resmi akan menyusul.

Tuesday, September 28, 2010

Majlis Makan Makan Persatuan Tarian Singa dan Naga Kam Ying di Pekan Ampang, 29 September 2010.

Hadir bersama TYDP PAS Kawasan Pandan/ahli Majlis MPAJ Abdul Jalil Hasan dan Ketua Cabang PKR Pandan/ahli Majlis MPAJ Hj Nik Mohd Zain.

Turut bersama ADUN Kajang YB Cikgu Lee dan ahli Majlis MPAJ, Jean Lee. Hebat mereka dapat jual 420 meja dan satu meja RM280. Kiralah berapa?

Mengikut buku aturcara pula ada 118 penderma yang menderma minima minima RM1,000. Ada 40 orang yang menderma minima RM500. Tak sempat nak kira berapa?

Jadi siapa kata PAS takde idea sebab pandai pungut derma aje? Siapa kata bila dah jadi kerajaan tak boleh pungut derma?

YB Cikgu Lee pun kata dia buat makan malam baru-baru ni dapat RM200,000. Tapi itu masyarakat Cina!

28 September 2010, Oditoritum MPAJ Pandan Indah - 51 keluarga setinggan di bawah talian bervoltan tinggi Pandan Jaya terima tawaran membeli rumah kos rendah Taman Harmoni, Kajang.

Monday, September 27, 2010

ADUN Chempaka sampaikan bantuan kepada bekas Ketua Kampung Kg. Pandan.

ADUN Chempaka telah menyampaikan bantuan kepada bekas Ketua Kampung Kg. Pandan, Datuk Md. Said Mohd. di pusat khidmatnya pada 28 September lepas. Datuk Md. Said yang tinggal keseorangan setelah isterinya meninggal dunia adalah Ketua Kampung selama 32 tahun sehingga BN kalah di Selangor. Beliau adalah juga Ketua Cawangan Umno Kg. Pandan Utara telah memohon bantuan dari ADUN kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

Sunday, September 26, 2010

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : PENYERAHAN SURAT TAWARAN MEMBELI RUMAH KOS RENDAH (RKR) KEPADA PENDUDUK SETINGGAN DI BAWAH TALIAN ELEKTRIK BERVOLTAN TINGGI TNB DI PANDAN JAYA.

51 keluarga setinggan yang tinggal di bawah talian elektrik bervoltan tinggi TNB di Pandan Jaya akan diserahkan surat tawaran untuk membeli rumah kos rendah di Taman Harmoni, Kajang esok.

Mereka adalah sebahagian dari 193 keluarga di penempatan setinggan itu yang telah wujud lebih 20 tahun.

Penawaran rumah kos rendah ini merupakan satu usaha untuk menyelesaikan masalah setinggan di Pandan Jaya.

Kerajaan Negeri akan menawarkan rumah kos rendah kepada penduduk secara berperingkat-peringkat untuk dibeli oleh mereka.

Akhirnya kesemua penduduk akan ditawarkan untuk membeli rumah kos rendah dan kawasan di bawah talian itu akan dipagar supaya tidak berlaku sebarang pencerobohan.

Terdapat juga cadangan agar kawasan itu dijadikan kawasan tapak semaian atau setor Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Walau bagaimanapun, buat masa ini rumah-rumah 51 keluarga yang akan menerima tawaran rumah kos rendah ini akan dirobohkan dan dipagar setelah mereka berpindah.

Majlis penyerahan surat tawaran ini akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 28 September 2010 (Selasa)
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Galeri Aras 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

Y.B. Tuan Iskandar Abdul Samad
EXC0/Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
27 September 2010

Majlis Aidilfitri DUN Chempaka dan Kawasan Pandan 26 September 2010 di Padang Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah - Bahagian 4.


Majlis Aidilfitri DUN Chempaka dan Kawasan Pandan 26 September 2010 di Padang Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah - Bahagian 3.

Majlis Aidilfitri DUN Chempaka dan Kawasan Pandan 26 September 2010 di Padang Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah - Bahagian 2.

Majlis Aidilfitri DUN Chempaka dan Kawasan Pandan 26 September 2010 di Padang Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah - Bahagian 1.

Saturday, September 25, 2010

Majlis Hari Raya PAS Cawangan Taman Chempaka 25 September 2010

Hadir lambat dengan keluarga. Sangkut tempat lain. Ramai dah balik.

Flashback Ramadhan : 26 Ogos Surau Al-Amin, Taman Bakti.

Atas : Menyampaikan ucapan dan Tazkirah.
Bawah : Bersama Imam, Tuan Haji Yusuf.

Majlis Hari Raya Surau Darussalam Taman Nirwana 24 September 2010