Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

RAKYAT BOLEH BERPINDAH KE SEWA RUMAH PPR TANPA BAYAR DEPOSIT

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Februari lepas telah membuat keputusan rakyat boleh berpindah ke rumah sewa Projek Perumahan Rakyat atau PPR tanpa membayar deposit terlebih dahulu. Sebelum ini deposit sehingga RM1050 perlu dibayar bagi sesiapa yang mahu berpindah ke rumah PPR. Deposit ini sekarang akan dikurangkan dan boleh dibayar secara ansuran. Buat permulaan, skim ini adalah terbuka kepada mereka yang hendak menyewa di PPR Taman Putra Permai, Lembah Subang. Ianya berkuatkuasa serta merta. Skim ini adalah terbuka kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kelayakannya adalah sama seperti mereka yang ingin memohon pengurangan sewa rumah PPR dari RM250 kepada RM124. Selain dari itu, permohonan untuk menyewa rumah PPR dan permohonan untuk membayar sewa RM124 boleh dibuat secara rentak. Sebelum ini penyewa akan memasuki rumah terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat permohonan pengurangan sewa. Buat masa ini terdapat 5436 unit rumah PPR di 4 kawasan dan sebanyak 1717 uni

KONVENSYEN TARBIYYAH PANDAN

TARIKH - 20 MAC 2010 (SABTU) MASA - 9 PAGI-12.30 TENGAH-HARI TEMPAT - DE PALMA, AMPANG. ANJURAN - PEJABAT ADUN CHEMPAKA & LAJNAH TARBIYYAH PANDAN. KERTASKERJA 1- KEWAJIPAN MENUBUHKAN SEBUAH JEMAAH ISLAM SETELAH KEJATUHAN KHILAFAH: SATU ANALISA PERJUANGAN AS-SYAHID IMAM HASAN AL BANA DAN IKHWANUL MUSLIMIN OLEH USTAZ REDUAN MD NOOR. KERTASKERJA 2 - SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN JEMAAH ISLAM DI MALAYSIA DAN TANGGUNGJAWAB MENYERTAI SERTA MENGGERAKKAN JEMAAH ISLAM OLEH DR OSMAN SABRAN. UNTUK MENDAFTAR SILA HUBUNGI 03-9283 3835.

SEBUAH SUMBANGAN YANG TIDAK TERNILAI KEPADA PAS PANDAN

Seorang petugas telah meninggal dunia apabila terjatuh ketika memasang tanglung sempena program Majlis Sambutan Tahun Baru Cina saya bersama JKP Zon 15, 16, 17, 18 dan 19 MPAJ. Beliau telah terjatuh minggu lepas dan mendapat kecederaan tulang belakang. Setelah dibedah di HKL beliau telah dihantar balik rumah tetapi keadaan beliau menjadi tenat dan akhirnya dibawa ke Hospital Ampang pada hari Selasa. Akhirnya pada hari Rabu, doktor memberitahu beliau tidak dapat diselamatkan kerana otaknya telah mati dan keluarganya bersetuju untuk mencabut segala bantuan pernafasan dan membawa beliau pulang. Saya telah melawat beliau kali pertama di Hospital Ampang sebelum mesyuarat Exco hari Rabu jam 2 petang. Keluarga beliau sedang menunggu ambulan sebelum membawa beliau pulang. Saya tidak berkesempatan melawat beliau sebelum ini kerana berada di Sabah dari Jumaat minggu lepas hingga ke hari Isnin. Selepas mesyuarat Exco saya diberitahu oleh seorang Exco bahawa petugas itu telah meninggal dunia. Wala

GONG XI FA CAI