Friday, February 27, 2009

Libatkan Ahli-Ahli Parlimen

Saya bersetuju dengan hasrat Dato' Menteri Besar Selangor agar ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor terlibat di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Kita mempunyai ramai ahli-ahli Parlimen yang berkaliber dan tidak wajar jika mereka tidak dimanfaatkan untuk membangunkan negeri.

Tambahan pula kita mahu Exco, ADUN dan ahli Parlimen bergerak seiringan. Exco dan ADUN selesa menyesuaikan diri sebagai kerajaan. Oleh itu, kita tentu tidak mahu ahli-ahli Parlimen masih mempunyai mentaliti pembangkang walaupun tugas mereka di Dewan Rakyat masih sebagai pembangkang. Di Selangor, di luar dewan mereka adalah kerajaan.

Penglibatan mereka di dalam mentadbir negeri juga akan dapat memberi gambaran yang jelas kepada mereka perkembangan-perkembangan terkini. Pengalaman ini lebih bermakna dari taklimat-taklimat. Kita tidak mahu ahli Parlimen tidak puas hati kerana mereka tidak memahami polisi kerajaan negeri. Dengan itu, dapatlah mereka membawa agenda negeri dan tuntutan negeri ke Parlimen.

Memahami realiti mentadbir negeri dan kekangan-kekangannya juga penting. Pernah seorang ahli Parlimen menelefon saya kerana mahu kerajaan negeri membeli rumah seorang penduduk di kawasannya yang akan dilelong oleh bank. Tidak semudah itu untuk mengeluarkan duit kerajaan negeri!

Tony Pua, Charles Santiago dan Dr.Zulkifli Ahmad membantu Menteri Besar di dalam rundingan dengan Syabas. Dr. Rosli Che Mat terlibat dengan portfolio Dr. Halimah Abdullah.Saya telah melantik Khalid Samad untuk menyelesaikan kes-kes tertentu di dalam portfolio saya.

Sumbangan mereka amat berharga. Mereka juga akan dirasakan sebahagian dari kerajaan negeri. Diharapkan tidak ada ahli Parlimen akan merasa terpinggir dan tersisih kerana jika ini berlaku, ia akan mengganggu kestabilan kerajaan negeri. Tenaga dan kepakaran mereka perlu disalurkan untuk yang bermanfaat. Cukuplah sekali dengan kontroversi Klang Sentral dan YB "Mike".

28 Februari 2009 (Hari ni birthday aku)

Thursday, February 26, 2009

LEBIH PIRING DARI KAWAH

Media-media BN memang tidak akan memihak kepada Pakatan Rakyat. Mereka akan sentiasa mencari peluang untuk memutarbelitkan kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan. Tetapi adakah ini bermakna kita terpaksa berdiam diri? Tidak membuat sebarang kenyataan?

Di dalam politik komunikasi adalah amat penting. Walaupun media-media BN akan berusaha untuk memburuk-burukkan Pakatan tetapi banyak maklumat-maklumat yang dapat disalurkan kepada rakyat melaluinya. Kita juga yakin rakyat semakin matang dan dapat mencium propaganda-propaganda BN.

Tidak salah mengeluarkan kenyataan tetapi perlu berhati-hati. Di Singapura, parti-parti politik pembangkang selalunya mengeluarkan kenyataan yang pendek, padat dan ringkas. Kadang-kala hanya 2 atau 3 perenggan sahaja. Mungkin ini kerana parti pemerintah, PAP, gemar menyaman mereka yang menentangnya.

Setelah hampir 20 tahun di dalam politik dan 1 tahun menjadi kerajaan, banyak perkara yang telah saya pelajari apabila berurusan dengan media. Contohnya untuk kenyataan akhbar, pastikan setiap ayat pada mana-mana kenyataan akhbar boleh “berdiri dengan sendiri” agar ia tidak boleh diputarbelitkan atau “taken out of context”.

Perkara ini terjadi kepada PAS Selangor di dalam kenyataan tentang kes “lembu dan kereta” melibatkan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kenyataan itu menyatakan PAS Selangor berdiri teguh di belakang kempimpinan Tan Sri. Hanyalah di dalam beberapa ayat yang PAS Selangor menyatakan mahu ketelusan. Tetapi perkara ini yang dimainkan oleh media seolah-olah PAS tidak menyokong Tan Sri dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar. Bijak sungguh media BN tetapi siapa yang terperangkap?

Sebenarnya kita dapat membaca “modus operandi” media-media itu. Satu isu seperti kenyataan PAS Selangor itu akan dimainkan untuk sehari dua dan jika respon dari rakyat tidak seperti yang diharapkan maka isu itu akan dimatikan begitu sahaja. Isu tersebut hilang begitu sahaja selepas dua tiga hari. Mungkin tidak ada respon dari rakyat atau mereka ada banyak lagi masalah-masalah di dalam kepala mereka.

Tetapi yang menghairankan, rakyat telah lupa tetapi orang-orang kita yang memanjangkannya. Kalau dikaji strategi BN, jika kita menyambut provokosi mereka maka ianya tidak akan menjadi. Oleh itu, di dalam isu ini, kita telah terperangkap. Kita pula lebih dari BN. Lebih piring dari kawah. BN tidak bising, rakyat telah lupa tetapi kita pula yang panas di antara kita. Sungguh tidak bijak!

27 Februari 2009 ( Ye ye besok birthday aku )

Tuesday, February 24, 2009

PUNGUTAN RM3 DI PASAR MALAM

Saya ingin memberi ulasan kepada isu pungutan di pasar malam yang sedang dijaja oleh pihak-pihak tertentu di Selangor.

Menurut mereka, pungutan yang dibuat oleh pengurus-pengurus pasar malam ini satu penindasan kerana para peniaga telah membayar kepada PBT untuk lesen perniagaan tahunan

Saya mengambil contoh kawasan MPAJ di dalam ulasan saya.

Para peniaga perlu membayar RM48 setahun untuk lesen bagi setiap tapak pasar malam. Lesen perniagaan dibayar oleh semua mereka yang menjalankan perniagaan sama ada di rumah kedai, warung atau di mana sahaja.

Selain dari lesen perniagaan, ada juga lesen-lesen lain seperti lesen pengiklanan sebagai sumber hasil PBT yang akan digunakan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Para peniaga juga perlu membayar kepada pengurus pasar malam RM3 untuk setiap petak berniaga setiap minggu.

Bayaran yang dikatakan zalim ini digunakan untuk,

1. Mengupah pekerja-pekerja untuk mengutip sampah dan membersihkan seluruh kawasan pasar malam.

2. Mengangkut dan menghantar sampah ke tapak-tapak pelupusan sampah.

3. Menguruskan perjalanan pasar malam seperti pengagihan petak-petak perniagaan, mengawal lalulintas dan kawalan ketenteraman.

Kerja-kerja ini memerlukan pengurus menggaji pekerja. Tambahan pula, tapak pasar malam perlu dibersihkan sebelum keesokan hari.

Menangani konflik yang mungkin timbul di kalangan peniaga dan membanteras kehadiran pendatang asing juga bukan satu kerja yang mudah.

Terdapat mereka yang berkata minat hendak menguruskan pasar malam tetapi saya memberitahu mereka supaya berfikir dua kali. Ia bukan satu kerja yang mudah.

Jika menurut mereka yang berkata pungutan RM3 ini zalim, siapa yang akan menguruskan pasar-pasar malam? Dari mana duitnya untuk membayar gaji pekerja-pekerja? Dari mana duitnya untuk menyewa lori?

RM48 dari duit lesen tidak memadai jika hendak disalurkan kepada pengurusan pasar-pasar itu. Jika RM48 setahun maka hanya 92 sen seminggu. Jika di satu tapak itu ada 2 kali pasar malam seminggu maka 46 sen setiap kali berniaga. Tak cukup!

Para peniaga pasar malam pula tidak payah membayar sewa premis seperti mereka yang menyewa rumah kedai atau warung. RM3 ini merupakan sewa bagi mereka. Saya percaya ini adil.

24 Februari 2009

JANGAN MENARI BERSAMA MEREKA

Saya menasihatkan ahli-ahli PAS supaya tidak melatah ketika berhadapan dengan pelbagai perkembangan terkini di Selangor.

Setelah kalah pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, BN telah bersungguh-sungguh berusaha untuk menghapuskan keaiban mereka.

Di Perak mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat.

Saya yakin perkembangan-perkembangan terkini dirancang oleh BN bertujuan untuk memberi tekanan kepada PR sama ada untuk menumbangkan kerajaan-kerajaan PR atau menganggu pentadbirannya.

Sebagai ahli-ahli PAS mereka tidak seharusnya mengikut rentak BN tetapi sentiasa berwaspada bahawa semua ini adalah satu permainan politik musuh.

Jangan pula BN memukul gendang dan mereka turut menari bersama. Jangan memasuki perangkap BN. Jangan pula menjadi lebih BN dari BN. Jangan menjadi tangan-tangan ghaib BN untuk menjatuhkan kerajaan PR.

Tetapi saya yakin perpaduan PR tidak akan dapat dipecahbelahkan ahli-ahli PAS bijak membaca keadaan.

Iskandar Abdul Samad
TPJ PAS Selangor 2
24 Februari 2009

Saturday, February 21, 2009

SPRM MAHU AMBIL ALIH TUGAS MAHKAMAH?

Bolehkah kata kita mempercayai SPRM?

Selepas rakyat Malaysia melihat gelagat pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, mengumumkan keputusan siasatan ke atas YAB Tan Sri Khalid Ibrahim susah hendak mempercayai SPRM sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali.

Begitu gembira Pengerusi SPRM apabila mengumumkan kononnya ada kes untuk mendakwa MB Selangor itu. Seolah-olah bagai seorang yang baru berkahwin dua!

Tambahan pula, ucapan beliau pada sidang akhbar itu bagaikan telah menjatuhkan hukuman ke atas Tan Sri Khalid. Bukankah tugas mahkamah untuk menentukan seseorang itu bersalah atau tidak? Kenapa SPRM mengambil alih tugas mahkamah?

Benar sungguh ada orang menggelarkan nama Inggeris SPRM, MACC, bukan Malaysian Anti Corruption Agency tetapi Malaysian Agency for Cows and Cars. Kalau SPRM apa pula ya?

21 Februari 2009

Friday, February 20, 2009

FROM CHARLES HECTOR BLOGSPOT : Were Developers behind Elizabeth Wong's privacy invasion?

There have been a whole lot of theories/speculations out there about who was behind the circulation of the photos (possibly also a VDO) infringing the rights to privacy of Bukit Lanjan State Assemblyperson (State Assemblyman is a gender insensitive term), Elizabeth Wong...Why was it done?

Yesterday, a Star report suggested that "...It could be her no-nonsense approach to environmental and other issues that led to someone “framing” her by circulating her scandalous pictures...". It also reported: '...that Wong played a prominent role in ensuring that the state government issued a blanket ban on hillside development in the state following the Bukit Antarabangsa landslide on Dec 6...“If the culprit or culprits succeed in removing an ‘unfriendly’ exco member, this can be repeated again and again,”

It could be her no-nonsense approach to environmental and other issues that led to someone “framing” her by circulating her scandalous pictures, executive councillor Iskandar Abdul Samad said of his colleague Elizabeth Wong.
Iskandar, who is in charge of housing, building management and squatters, said Wong could have stepped on toes since she took office 11 months ago.
“She has been very firm when dealing with environmental issues and the culprit could have been anyone at the receiving end of her crusade,” he said.
He noted that Wong played a prominent role in ensuring that the state government issued a blanket ban on hillside development in the state following the Bukit Antarabangsa landslide on Dec 6.
Iskandar said Wong had also been uncompromising with polluters, whom she called bio-terrorists.
He said it was frightening that such a crime could befall other exco members.
“If the culprit or culprits succeed in removing an ‘unfriendly’ exco member, this can be repeated again and again,” he said. - Star, 19/2/2009, Iskandar: Wong may have been framed

So, when you get a clean and firm government official, ADUN, MP, Exco Member, Cabinet Member...then, it may be 'good business' for some to get rid of him/her as soon as possible using whatever means possible...that seems the theory....and, I do believe that this can and do happen.

Anyway, the report did not make any direct accusations against anyone - but somehow the Housing Developers (represented through their organisation, REHDA) seem to be feeling 'guilty', and I wonder why?

Maybe that they felt that the accusations were directed at them...After all, Housing Developers may/would have a lot to lose if there is a total hillside debelopment ban - or if there are more stringent conditions/requirements that they have to comply with, would they not?]

It reminded me of the Malay proverb (bidal) , i.e. siapa makan cili, dia terasa pedas... (He who eat cili, feels the heat...something like that).

Selangor state executive council member Iskandar Abdul Samad should retract his recent statement claiming that Elizabeth Wong may have been sabotaged by someone who was at the receiving end of her environmental crusade.
Real Estate and Housing Developers’ Association patron Datuk Eddie Chen said Iskandar should make the retraction to “safeguard his reputation and good working relationship with developers.”
Iskandar’s statement on Wednesday had claimed the sabotage on Wong could be owing to her no-nonsense approach to environmental and other issues, leading to someone “framing” her by circulating her scandalous pictures.
Iskandar, among other things, said Wong might have stepped on someone’s toes as she played a prominent role in ensuring that the state government issued a blanket ban on hillside development in the state following the Bukit Antarabangsa landslide on Dec 6.
Chen said Iskandar’s statement implicating developers was simplistic and offensive.
“We will never use dirty tactics to get what we want. Rehda is not a political party. We seek to change government policies through technical and professional arguments and by lobbying.
“We may have disagreements with YB Elizabeth, but we are willing to wait until we can convince the Government of safe slope development. - Star Online, 20/2/2009, Retract statement, developers tell exco member

And, the reason as to why there should be a retraction - " ...should make the retraction to “safeguard his reputation and good working relationship with developers.”..." - does this not sound like a threat?

To safeguard his reputation - what does this mean? If not, are we also going to see some pictures and video about this ADUN as well? If not, are we going to see some other 'scandal'..?

safeguard ...good working relationship with developers - What is this? What does it mean? More political donations? More gifts? what does this really mean?

Peoples representative serve the people - their constituents, and are to act in their best interest without fear or favour.

I do hope this developer's association clarify this report - and certainly withdraw their 'threats' (And, in my opinion their words are threats...but you may have a different view..)

For peoples' representatives, we do NOT want them to have 'close/good relationship' with developers, big businesses, the rich, the employers, the powerful - they should be having the closest relationship with their constituents, the ordinary people ...the 'small' people.

It is sad that many politicians, after being elected, spend just too much time with the rich and the powerful, sometimes even side-lining the very people that they do represent. They have time to personally sit down with the rich...but is too busy for their ordinary constituents, who sometimes can only finally meet some assistant of theirs...

This was previously a phenomena with a lot of BN MP/ADUNs - but today some say that this is also becoming the case with regard to the Pakatan Rakyat reps as well.

Friday, February 20, 2009

Tuesday, February 17, 2009

KES YB ELI

Sejak hari Isnin lepas, saya telah mendapat panggilan telefon yang bertalu-talu dari pelbagai wartawan memohon pandangan saya tentang kes yang melibatkan rakan Exco, YB Elizabeth Wong.

Saya telah memilih untuk tidak memberi sebarang ulasan kerana adalah tidak adil untuk memberi komen berdasarkan fakta-fakta yang diterima dari pihak ketiga. Tambahan pula, tujuan kebanyakan media arus perdana hanyalah untuk memberi gambaran yang buruk terhadap Pakatan Rakyat. Contohnya kenyataan akhbar PAS Selangor tentang kejadian ini telah tidak disiarkan dengan sepenuhnya mungkin bertujuan untuk menunjukkan seolah-olah parti-parti Pakatan Rakyat sedang berbalah.

Tiga hari selepas berita yang melibatkan YB Elizabeth mula disiarkan, banyak pandangan dan ulasan telah disiarkan dari pelbagai pihak dan mungkin tidak perlu lagi bagi saya untuk membuat sebarang komen.

Walau bagaimanapun saya ingin menyatakan bahawa saya kurang bersetuju dengan mereka yang berkata Barisan Nasional yang merancang untuk menjatuhkan YB Elizabeth. Saya berpendapat motivasi mereka yang melakukan kerja-kerja terkeji ini mungkin bukan politik semata-mata tetapi juga ekonomi.

YB Elizabeth terkenal sebagai seorang aktivis alam sekitar. Beliau tegas di dalam usaha-usaha untuk melindungi alam semulajadi. Saya yakin ramai yang tidak puas hati dengan ketegasan beliau ini. Sama ada pemaju yang tidak boleh melakukan sebarang pembangunan di cerun kelas 3 dan 4 kerana polisi Kerajaan Negeri yang menghalang pembinaan di cerun-cerun itu atau pemilik kilang yang pernah diambil tindakan kerana mencemar alam sekitar.

Jika ini benar maka saya amat bimbang kerana Exco-Exco lain yang tidak “memihak” kepada pihak-pihak tertentu akan turut menjadi mangsa. Hari ini mungkin foto-foto YB Elizabeth, esok mungkin Exco-Exco yang lain akan diperangkap. Bukan susah untuk memerangkap atau memfitnah seseorang. Seorang lagi Exco, YB Dr. Halimah Ali baru-baru ini difitnah telah ditangkap berkhalwat walhal pada ketika itu beliau berada di dalam satu majlis rasmi dan JAIS menafikannya.

Hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini tetapi Selangor mungkin akan kehilangan seorang Exco yang berwibawa, tegas, prihatin dan adil. Beliau lantang memperjuangkan hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira dari apa bangsa dan agama sekalipun. Pernah beliau bersungguh-sungguh mempertahankan hak sebuah sekolah agama di Lembah Jaya, Ampang ke atas tanah mereka yang telah diberikan kepada sebuah syarikat pemaju.

Banyak pihak mahu YB Elizabeth dikenakan tindakan jika terdapat sebarang salah laku tetapi trauma yang beliau lalui sejak Isnin lepas mungkin sudah memadai sebagai satu hukuman.

18 Februari 2009
019-2989835

Sunday, February 15, 2009

KUATKAN PARTI, APA SAHAJA BOLEH BERLAKU!

Mengukuhkan kedudukan dan jentera Parti adalah teramat penting.

Ketika menjadi pembangkang, tumpuan utama pimpinan dan ahli-ahli adalah ke arah memperkuatkan Parti. Sama ada menambah ahli, menambah cawangan atau melatih ahli, ianya sentiasa menjadi agenda utama kita.

Tetapi setelah menjadi kerajaan maka tumpuan kita terbahagi dua, pertama mentadbir negeri dan kedua pula gerak kerja Parti. Perlu seimbang di antara keduanya kerana kita tidak mahu gerak kerja Parti diabaikan kerana terlalu sibuk mentadbir negeri di mana-mana peringkat sekalipun.

Masalahnya akan timbul jika kita hilang kerajaan. Ketika menguasai kerajaan tentu sekali banyak kemudahan tetapi tanpa kerajaan kita terpaksa bergantung kepada kekuatan Parti sahaja.

Contohnya ketika berkuasa kita boleh menggunakan mana-mana dewan serbaguna atau dewan orang ramai tetapi tanpa kerajaan, hanya markas dan bilik gerakan Parti yang boleh digunakan. Bayangkan apa akan jadi jika ketika berkuasa kita mengabaikan markas dan bilik gerakan kita?

Selepas 8 Mac ada cawangan yang tidak mahu lagi menyewa markas kerana kata mereka boleh menggunakan dewan orang ramai. Tetapi jika tiba-tiba kita kehilangan kerajaan seperti di Perak, mungkin ketika itu akan tercari-cari markas atau gerak kerja Parti akan terhalang sama sekali.

Saya tidak tahu bagaimana PAS di peringkat akar umbi di Perak berhadapan dengan kehilangan kerajaan tetapi ianya menjadi peringatan kepada kita agar bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.

Satu cabaran jika kita telah membiasakan diri dengan bantuan RELA atau majlis perbandaran tetapi dengan tiba-tiba kita kehilangan semua itu akibat dari kehilangan kuasa.

Cabaran juga jika ahli-ahli hanya bekerja apabila ada peruntukan, ada bayaran walhal dahulunya segala-galanya adalah demi Allah dan Rasul. Jika tiba-tiba tiada lagi peruntukan seperti di Perak, apa akan terjadi?

Bagi saya, walaupun berapa ramai sekalipun yang hadir dan membantu pada program-program mesra rakyat atau turun padang, akhirnya hanya ahli-ahli Parti yang komited akan terus bersama ketika kita menjadi kerajaan atau pembangkang. Ahli-ahli yang tidak akan merajuk atau meletakkan jawatan jika tidak mendapat imbuhan kewangan. Ahli-ahli yang dapat melihat lebih dari hanya wang ringgit tetapi juga dosa dan pahala.

16 Februari 2009

Sunday, February 8, 2009

PERINGATAN UNTUK AHLI-AHLI MAJLIS

Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan diingatkan supaya tidak menerima sebarang tawaran dari mana-mana pemaju untuk membuat lawatan ke luar negera.

Tidak kira sama ada ke Hong Kong atau ke Australia, sebarang lawatan akan ditafsirkan oleh rakyat sebagai imbuhan untuk meluluskan projek-projek tertentu atau mempercepatkan kelulusan projek-projek itu.

Di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, terdapat perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum satu-satu projek pembangunan itu diluluskan.

Di antaranya adalah kecerunan tapak, kesan kepada penduduk sekitar dan kemampuan projek itu bersaing. Kerajaan bukan mahu menyekat pembangunan tetapi mahu kepentingan dan keselamatan rakyat terjamin.

Ahli-ahli majlis perlu menjaga integriti mereka. Rakyat mestilah melihat dengan terang dan jelas bahawa mereka berbeza dari ahli-ahli majlis sebelum ini.

Jika mereka menerima imbuhan dengan janji projek-projek atau cadangan-cadangan akan diluluskan maka mereka tidak layak menjadi seorang ahli majlis.

Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas jika ada ahli-ahli majlis yang menagih imbuhan dan menabur janji bahawa satu-satu cadangan itu akan diluluskan.

Mereka juga akan terdedah kepada siasatan dan pendakwaan jika terdapat laporan dari orang ramai.

Sesuai dengan polisi ketelusan kerajaan negeri, tidak ada siapa yang akan dilindungi.

Iskandar Abdul Samad
8 Februari 2009

Thursday, February 5, 2009

UMNO DAN SPR MASIH BELUM BERTAUBAT.

Kita semua bersedih di atas perkembangan di negeri Perak. Walau bagaimanapun, ia menunjukkan bahawa UMNO dan SPR masih belum bertaubat.

Selepas pilihanraya umum yang lalu kita menyangka UMNO akan melakukan perubahan terhadap imejnya dan mungkin terhadap parti itu secara menyeluruh. Tetapi yang disaksikan oleh rakyat ketika usaha-usaha menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, UMNO tetap UMNO seperti UMNO sebelum PRU12.

Di dalam kesedihan dengan perkembangan di Perak, kita boleh menarik nafas lega kerana UMNO masih enggan berubah. Hanya Gerakan, MCA dan mungkin PPP yang bersungguh-sungguh cuba mengenalpasti kenapa BN ditolak pada PRU12. Tetapi UMNO masih mengekalkan imej dan modus operandi yang membuatkan BN ditolak rakyat pada 8 Mac lepas.

Oleh itu, saya yakin selepas rampasan kuasa di Perak, kemarahan dan kebencian rakyat terhadap UMNO dan BN akan memuncak. Buktinya hanya pemimpin UMNO yang banyak membuat ulasan tentang perkembangan di Perak tetapi tidak pemimpin BN yang lain. Seolah-olah mereka tidak mahu terlibat kerana imej yang ditonjolkan kepada rakyat adalah terlalu buruk lagi menjijikkan.

SPR yang dikritik hebat pada PRU12 kerana enggan melaksanakan 'calit jari' membuktikan bahawa ia kekal sebagai 'kuda tunggangan' BN. Setelah memihak kepada BN apabila enggan menerima keputusan kerajaan yang dilantik rakyat, terang dan jelas kepada rakyat bahawa SPR masih belum lagi bebas dari kongkongan BN.

5 Februari 2009

Sunday, February 1, 2009

ANAK ADUN AKAN DICULIK?

Saya menggesa semua ADUN-ADUN Selangor mempertingkatkan keselamatan diri dan keluarga mereka. Ini berikutan perkembangan terkini di Perak yang melibatkan dua ADUN Parti Keadilan Rakyat.

Pada tahun 60'an, ADUN-ADUN PAS Kelantan pernah diculik dan dipaksa untuk menyokong UMNO. Ini merupakan usaha untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan ketika itu. Tetapi usaha ini gagal setelah beberapa orang ADUN yang diculik telah menukar fikiran di saat akhir sebelum undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri.

Saya berharap ADUN-ADUN akan memastikan keluarga mereka terutamanya anak-anak kecil tidak terdedah kepada sebarang usaha untuk menculik mereka. Saya bimbang jika taktik ini akan digunakan untuk memaksa mana-mana ADUN berpaling tadah.

Walaupun Pakatan Rakyat mempunyai majoriti yang selesa di Dewan Undangan Negeri Selangor (majoriti 16 kerusi) tetapi ia perlu sentiasa berwaspada. Barisan Nasional sekarang tertekan selepas kalah di Kuala Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku.

Petugas-petugas parti hendaklah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Seorang wakil rakyat PAS Kelantan, Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji pernah mati dikapak dan pembunuhnya tidak dapat ditangkap hingga kini.

Iskandar A. Samad
2 Februari 2009